Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !
Salam 3 Zulhijjah 1444H !
Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman aku bekerja part-time sebagai kru perkhidmatan (crew service) di Restoran Mcdonald's . Kat area mana ? Rahsia :p
Yang membuatkan aku lebih bersemangat adalah kerana :
1) pekerjaan F&B adalah pilihan aku (syok gilerr)
2) aku mendapat dorongan daripada mak dan abah
3) abah sanggup hantar dan ambil aku
p/s : suka diingatkan bahawa waktu breakfast hour (0630am - 1000am) dan lunch hour (1000am sampai mekdi tutup)
- - - - - KISAHNYA BEGINI - - - - -
Kertas terakhir SPM 2021 berakhir dengan subjek Matematik Tambahan pada 24 Mac 2022 bersamaan hari Khamis . Pada keesokan harinya abah terus rempit bawa aku pergi interview . Aku ni gelabah, aku tak tahu apa preparation yang kena buat . Aku nak bawa apa eh ? Perlu ke aku sediakan sijil2 ? Nak jawab dalam english ke melayu ? Haa takutnyaaa ! At last aku hanya bawa salinan IC . LOL .
Sampainya disitu , aku terus diinterview oleh Kak Musliha (Ass Manager) . Disuruhnya aku perkenalkan diri , aku nyatakan nama , umur , tempat tinggal , bilangan adik beradik dan terus stuck . HAHA . Lepastu dia tanya aku nak kerja berapa lama . Aku cakaplah kerja sampai dapat tawaran masuk U . Dia juga ada memberi kata-kata motivasi dan sedikit pesanan . yelaa bekerja dalam kalangan manusia yang mempunyai banyak karenah dan pelbagai cara , ada yang menyakitkan hati dan juga disegani . Jadi aku perlulah menyediakan mental dan fizikal yang mantap untuk menjalani sepanjang hari bekerja di situ . Nak pula baru pertama kali aku bekerja selama hidup 18 tahun .
Settle interview , abah terus bawa aku ke Klinik Mediviron untuk aku dapatkan vaksin Typhoid yang membolehkan aku bekerja di premis F&B . 0.5ml Vaksin Typhoid telah masuk ke dalam badan aku di mana ia boleh bertahan selama 3 tahun . Jangan risau kos injection telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Restoran McDonald's tersebut . Lepastu , abah bawa aku ke pasar raya untuk membeli T-Shirt putih dan seluar slack hitam . Aku sangat touching time tu bila tengok perngorbanan seorang abah . HUHU .
[26 MAC 2022] - Hari pertama bekerja
Sebagai pekerja baru, aku diarahkan mula bekerja pada pukul 10 pagi dan balik pukul 2 petang (4 jam jerr) . Mak aih boleh pula start kerja hari Sabtu , memang ramai cutomer la yopp . Ternyata ada lagi seorang pekerja baru , Affendi , aku bersama dia dilatih oleh Kak Yuhanis (Crew Trainer) . Kami telah diperkenalkan oleh pekerja otai sambil ditunjukkan di mana bilik crew , freezer , chiller , dry store dan lain-lain fungsi . Setelah itu , aku ditempatkan di bahagian air dan Affendi di bahagian fries .
AIR
1) Soft drink
Soft drink mempunyai banyak pilihan antaranya Coke , Coke Zero , Lemon Tea , Sprite dan 100plus . Bilangan , jenis dan saiz cup (Small , Medium , Large) air yang diorder oleh customer terpampang di skrin PC . Pada mulanya aku fokuskan dalam menyediakan air untuk bahagian Drive-Thru , tiba-tiba seorang akak di bahagian Delivery meng-order airnya dari jauh , aku pun buatlah . Dalam masa yang sama akak yang dari kaunter depan menyediakan air sepertimana yang aku buat . Aih aku dalam situasi bingung, tadi Kak Yuhanis suruh aku duduk bahagian air , tiba-tiba pula ada orang lain buat kerja yang sepatutnya aku buat . Tak tercengang mak kat situ . Dan akhirnya baru aku tahu , posisi orang yang berada di tempat air perlu peka pada 3 PC dalam menyediakan air untuk 3 bahagian iaitu Kaunter depan , Drive-Thru dan Delivery . Itu baru Soft Drink !
Air milo pula perlu dibancuh , maksud aku just masukkan air mengikut sukatan yang ditetapkan sambil tu rasa lah air yang hang buat . Paling kibut bila air milo dah habis , time tu pula ramai customer order air milo . Memang sepantas kilat aku lari sama ada ke dry store atau chiller untuk mencapai bungkusan milo untuk dibancuh .
Air Orange McFeeze pula sometimes je ada , maksud aku bila menjelang promotion baru ada .
p/s : air lain akan aku cerita , so stay tuneeee !
FRIES
Selepas 3 hari aku berada di bahagian air , aku ditukarkan kepada bahagian fries manakala Affendi di bahagian air . Fries mekdi adalah terpaling sedap . Sedap namatey . Setuju kan ? HEHE . Tempat favourite aku adalah bahagian fries . Nak tahu sebab apa ? Sebab aku seperti buat hal sendiri (ehemm aku kan ambivert..) . Ambil kotak fries dalam freezer dan stock up fries sampai penuh , masak fries (ada button yang telah tetapkan waktu memasak fries) , letak garam , aduk2 , bungkus fries dan tunggu orang ambil . Fries ni makanan kedua terpaling penting kat mekdi , sebabnya fries termasuk makanan set (burger,fries,air) .
p/s : suka suka jugak , yang penting hati2 ketika bermain dengan minyak yang panas .
Pada masa yang sama , setiap pekerja baru dilatih melalui kelas amali yang diadakan secara online di mana mereka akan mempelajari berkaitan syarat , peraturan , segala prosedur yang ditetapkan oleh pihak McDonald's dan lain2 lagi .
p/s : dapat sijil wooo
Baiklah , sekian saja dari aku . Terima kasih .
Comments
Post a Comment
Cer komen .